Tuesday, July 23, 2013

Adakah sedekah pahala bacaan Al-Quran sampai kepada si mati?

::Siapa Yang kata tak boleh kirim pahala bacaan al-Quran?::
Bismillah,Alhamdulillah,wassolaa tu wassalam,`alaa rasuulillah. ammaba’du

Qallannabiy sollallahu `alaihi wassallam:
“Innamal a’maalu binniyaat”

Beberapa hari ini agak kecoh tentang saudara kita Sham Kamikaze yang kononnya telah menfatwakan sesuatu yang sesat,di TV al-Hijrah.Maka respon dari ceramah beliau ramailah saudara kita yang membantah,menuduh beliau sesat,jahil ,fatwa sonsang dan sebagainya.

Maka tulisan saya ini bukan bertujuan membicarakan sampai atau tidak pahala bacaan al-Qur’an kepada orang yang telah meninggal dunia,tulisan ini lebih tertumpu kepada siapa sebenarnya yang kata tidak sampai pahala bacaan al-Qur’an kepada si mati?

Kesimpulan awal (sebelum dibentangkan dalil),sebenarnya yang menyatakan pahala bacaan al-Qur’an tidak sampai kepada si mati adalah pendapat al-Imam asy-Syafi’ie rahimahullah serta jumhur(majoriti) ulama syafi’iyyah.Ia bukanlah pendapat atau akal-akalan yang terbit dari saudara kita Sham Kamikaze atau selainnya.Berikut dalilnya.

Al-Imam an-Nawawi rahimahullah (Wafat 676H),dalam Syarh Sohih Muslim;

وَاَمَّا قِرَاءَ ةُ الْقُرْآنِ فَالْمَشْھُوْرُ مِنْ مَ ذْھَبِ الشَّافِعِى اَنَّھُ
لاَ تَصِلُ ثَوَابُھَا اِلَى الْمَیِّتِ.

“Adapun bacaan al-Qur’an maka yang masyhur di kalangan mazhab Syafi’ie bahawa tidak sampai pahala bacaan yang dikirim kepada orang yang telah mati”.

Dan lagi kata Imam an-Nawawi dalam kitab Syarh al-Muhazzab (شرح مھذب) ;

وَاَمَّا قِرَاءَ ةُ الْقُرْآنِ وَجَعَ لَ ثَوَابَھَ ا لِلْمَیِّ تِ وَالصَّلاَةُ عَنْھُ
وَنَحْوَھَا فَذَھَبَ الشَّافِعِي وَالجُمْھُوْرُ اَنَّھَا لاَ تَلْحَقُ الْمَیِّتَ
، وَكَرَّرَ ذَلِكَ فِى عِدَّةِ مَوَاضِعِ فِى شَرْحِ مُسْلِمِ.

“Adapun pembacaan al-Qur’an dan menghadiahkan pahalanya kepada orang mati, membayar solatnya dan sebagainya, maka menurut Imam Syafi’ie dan jumhur ulama Syafi’ie adalah tidak sampai kepada si Mati.Penjelasan seperti ini telah diulang-ulang (oleh Imam Muslim) dalam kitab syarah Muslim”.

Kemudian al-Haitami rahimahullah di dalam kitab al-Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah (الفتاوى الكبرى الفقھیة) telah menjelaskan;

اَلْمَیِّتُ لاَیُقْرَاُ عَلَى مَااَطْلَقَھُ الْمُتَقَدِّمُوْنَ مِنْ اَنَّ الْقِرَاءَ ةَ
لاَ تصِلُھُ اَي الْمَیِّتَ لاَنَّ ثَوَابَھَ ا لِلْقَارِئ وَالثَّوَابُ عَلَى
عَمَلِ لاَیُنْقَلُ عَنْ عَامِلِ ذَلِكَ الْعَمَلِ ، قَالَ تَعَالَى {وَاَنْ
لَیْسَ للاِنْسَانِ اِلاَّ مَاسَعَى}.

“Mayat tidak boleh dibacakan al-Qur’an sebagaimana keterangan yang ditetapkan oleh orang-orang terdahulu, bahawa bacaan al-Quran pahalanya tidak sampai kepada si Mati, lantaran pahala bacaan hanya untuk si Pembaca. Pahala amalan pula tidak boleh dipindah-pindahkan dari si Pembuat berdasarkan firman Allah Ta’ala: dan bahwasanya seorang insan tidak memperoleh selain apa yang telah dia kerjakannya sendiri”.

Di dalam al-Quran,surah an-Najm ayat 39,Allah SWT telah berfirman;
وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَى
MAKSUDNYA: “dan bahwasanya seorang insan tidak memperoleh selain apa yang telah dia kerjakannya sendiri”

Al-Hafiz Ibnu Katsir (Wafat 774H) rahimahullah ketika mentafsir ayat ini di dalam kitab tafsirnya yang popular itu,Tafsir al-Qur’an al-`Azhim,beliau berkata;

وَمِنْ وَهَذِهِ الْآيَة الْكَرِيمَة اِسْتَنْبَطَ الشَّافِعِيّ رَحِمَهُ اللَّه وَمَنْ اِتَّبَعَهُ أَنَّ الْقِرَاءَة لَا يَصِل إِهْدَاء ثَوَابهَا إِلَى الْمَوْتَى لِأَنَّهُ لَيْسَ مِنْ عَمَلهمْ وَلَا كَسْبهمْ وَلِهَذَا لَمْ يَنْدُب إِلَيْهِ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُمَّته وَلَا حَثَّهُمْ عَلَيْهِ وَلَا أَرْشَدَهُمْ إِلَيْهِ بِنَصٍّ وَلَا إِيمَاء وَلَمْ يُنْقَل ذَلِكَ عَنْ أَحَد مِنْ الصَّحَابَة رَضِيَ اللَّه عَنْهُمْ وَلَوْ كَانَ خَيْرًا لَسَبَقُونَا إِلَيْهِ

"Melalui ayat yang mulia ini, Imam Syafi’ie rahimahullah dan para pengikutnya telah beristinbat (mengeluarkan hukum) bahawa pahala bacaan (al-Qur’an) dan hadiah pahala tidak sampai kepada si Mati kerana bukan dari amal mereka dan bukan usaha mereka (si Mati). Oleh kerana itu Rasulullah SAW tidak pernah mensunnahkan umatnya dan mendesak mereka melakukan perkara tersebut dan tidak pula menunjuk menunjukkan mereka kepadanya samada dengan nas mahupun isyarat. Perkara ini tidak pula dinukilkan daripada seorangpun para sahabat r.a. Jika perkara ini baik pasti mereka akan mendahului kita akannya.”

Penutup:
Diharapkan tidaklah kita bermudah-mudah,menyatakan seseorang itu sesat hanya semata apa yang dikatakannya itu berjanggah dengan amalan umum masyarakat yang telah dilakukan sejak sekian lama iaitu seperti mensedekahkah al-Fatihah,membaca surah Yaasin,tahlilan yang mana ke semua pahala bacaan di sedekahkan kepada ang telah meninggal dunia.

Janganlah ada yang berkata siapa kata tak boleh sedekah pahala bacaan al-Qur’an maka dia sesat,wahhabi, subhanallah tanpa sedar kalian telah menyesatkan Imam Syafi’ie dan serta ulama lainnya.Orang yang berkata begini hanya bercakap( بِغَيْرِ عِلْمٍ) tanpa `ilmu.

Maka mohonlah istighfar kepada Allah Ta’ala.Wallahu Ta’ala a’lam bissowab.
dari fb 'kami sayang ulama' 
PADA PENDAPAT SAYA PULA.. SOAL PAHALA SEDEKAH KITA ITU SAMPAI ATAU TIDAK KEPADA SI MATI, ITU KITA SERAHKAN KEPADA ALLAH TA'ALA. KERANA DIA MAHA MENGETAHUI. YANG PENTING SETIAP BACAAN KITA DAN PAHALA AMALAN BAIK YANG KITA SEDEKAHKAN ITU PAHALANYA KITA DAPAT JUGA. TAK TERKURANG WALAU SEDIKITPUN. DAN LEBIH INDAH JIKA KITA BERDOA MOGA ALLAH SAMPAIKAN KEPADA SI MATI. BUKANKAH APABILA MATINYA SEORANG ANAK ADAM ITU AKAN TERPUTUS SEMUA PERKARA KECUALI 3 IAITU SEDEKAH JARIAHNYA, ILMU BERMANFAAT YG DIAJARNYA DAN DOA ANAK YANG SOLEH. SAMA2LAH KITA BERDOA PAHALA YANG KITA SEDEKAHKAN ITU SAMPAI KEPADA ARWAH AYAH DAN IBU KITA ATAU SESIAPA SAHAJA.

0 comments: