Wednesday, June 30, 2010
Monday, June 28, 2010
Thursday, June 10, 2010
Last day
Antara sedih, gembira, teruja dan macam2 lagi. 10 tahun aku cari rezeki kat sini. Pelbagai ragam manusia ku temu. Ragam customer, boss, kawan dan sahabat. Terima kasih semua atas pengalaman pahit dan manis sepanjang 10 tahun ini.Pengalaman manis akan ku ingat sampai bila2, pengalaman pahit akan ku patrikan kemas2 di lubuk hati. Tapi kedua2nya takkan ku padamkan dari kotak memoriku.
Terima kasih PERNEC
Posted by MyDamai at 5:55 PM 3 comments
Tuesday, June 8, 2010
Malaikatmu.. ...
Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....
Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."
Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"
"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."
"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""
Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"
"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"
"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa isisimu"
Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "
Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...
Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya hanya Syurga itu dibawah telapak kakimu...
Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa- dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
"Sampaikan! lah walau satu ayat"
Posted by MyDamai at 1:36 AM 0 comments
Wednesday, May 26, 2010
Setiap detik yg berlalu adalah kenangan yang terindah
Hari pertama bekerja setelah 2 bulan cuti bersalinkan Ain. Mood keje tak de lagi.
Ina - 9 thn
Anak sulong, menjadi harapan ibu dan contoh utk adik2.Tak sangka ina dah besar, terasa bagai baru semalam ibu melahirkan ina.
Paling tak boleh lupa ketika ina sekolah tadika dulu. Setiap kali hantar ke tadika, mesti dia akan berlari keliling tadika utk melambaiku pergi keja. Setiap kali itu jugalah air mataku menitik. Sedih sbb terpaksa berjauhan dengan mereka. Bersabarlah ye, tak lama lagi ibu dah nak berenti keje. Tak de la anak2 ibu org lain yg jaga.
Afiq - 6 thn
"Afiq tak nak besar. Sebab kalau afiq besar, ibu mati". Tanggapan budak2 macam tu lah, manusia akan mati bila tua nanti. Ibu pun kalau boleh tak nak afiq besar, tapi mustahil kan?.
Siti - 3 thn
Anak ibu yang paling memahami. Siti tak dengkikan adik dia walaupun ketika ini umurnya baru 2 thn 8 bulan, tapi amat sayang sekali. Kalau muka ibu masam sikit, siti cepat2 tanya "Ibu tak marah siti kan?. Kalau ibu jawap "ibu marah!", dia akan tanya lagi sampailah jawapan ibu "taklah, ibu tak marah siti". Pastu dia akan buat muka lawak dia nak bagi ibu gelak dan hilang marah ibu. Ataupun dia buat patung (skrg tgh tayang citer patung kat tv). Kalau ibu marah pun, sekejap je siti.
Ain - 2 bulan
Adik yang tak banyak karenah. Terima kasih Ain. Hari ni hari pertama Ain kat nursery. Sedih nak tinggalkan Ain dan kakak2, abang kat nursey. Kejap je kan 10 hari je kan?
Anak2ku
Ibu teramat2 sayangkan kalian.
Posted by MyDamai at 7:36 PM 0 comments
Labels: Anak2 ku
Monday, December 14, 2009
Mimpi lagi
Mimpi lagi!.. tak tau la ngapa sejak akhir ni byk mimpiku jadi nyata. Antara percaya dengan tak.. nak kata mainan tidur, ye jugak. Nak kata peringatan dari Allah ye jugak. Tapi aku lebih suka ambik yg no 2 tu --> peringatan Allah.
Aku selalu berpesan pada diri sendiri, kalau tak suka org buat kat kita mcm ni, jgn buat perkara yg sama kat orang lain... kerana dunia ini bagaikan roda...
Conclusion dari mimpi : always prepare for the worst.
Posted by MyDamai at 8:15 PM 2 comments
Tuesday, November 17, 2009
Bongkaknya manusia itu
"I'm too damn good!"..
Huh.. kenapa ye manusia itu terlalu bongkak. Agaknya dia rasa satu dunia ni dalam genggaman dia. Sedarlah wahai manusia, pangkat yang engkau pegang tu hanya pinjaman, rezeki yang engkau nikmati tu pun hanya pinjaman. Harta yang engkau kejar2kan sangat tu pun hanya pinjaman. Waima seluruh dunia ni pun adalah pinjaman semata2. Tak de yang kekal, tak boleh bawak ke kubur pun.
Aku rasa lah, manusia yang sorang tu dah lupa diri, asal usul kejadian diri. Manusia ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini, untuk mentadbir alam ini dengan sebaik2nya, bukannya untuk menjadi diktator yang sesuka hati menidakkan hak manusia lain.
Manusia itu tak pernah sedar, nyawa yang dikandung oleh badannya itu pun hanyalah pinjaman. Tiba masanya nanti Allah nak tarik balik, takkan terlambat atau tercepat walau sesaat pun. Insaflah wahai manusia. Tiada apa yang menjadi bekalan kita di akhirat alam yang kekal abadi kecuali 3 perkara:
1. Sedekah jariah
2. Ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain
3. Doa dari anak2 yang soleh.
p/s: nasib baiklah aku tak duduk serumah dengan manusia spesis macam tuh. Kalau tak, confirm sasau jadinya.
Posted by MyDamai at 5:58 PM 0 comments



