Dah lama betul tak update blog ni. Bukannya tak ada kesempatan tapi kekurangan mood dan feel untuk berkongsi cerita.
Semua orang mempunyai impian dan cita - cita. Tak salah berangan -angan. Tapi yang salah adalah angan-angan kosong yang tidak disertai dengan perancangan dan tindakan. Tak ubah seperti angan-angan mat Jenin; kosong dan sudahnya melopong bila kelapa menghempap kepala.
Hidup ini perlu ada matlamat. Matlamat tidak akan bermakna tanpa deadline iaitu tarikh akhir yang kita tetapkan sendiri. Dengan menetapkan deadline, ia memberikan kita sasaran yang jitu. Jika matlamat tidak tercapai sedangkan deadline sudah tiba, berikan diri kita deadline yang baru. Ia akan mengajar kita untuk lebih berusaha dan lebih realistik dalam mencapai matlamat.
Matlamat utamaku adalah untuk menjadi hamba Allah dalam erti kata yang sebenarnya. Hamba yang sedaya upaya untuk menunaikan segala perintahNya. Untuk mencapai matlamat ini, ilmu agama perlu dicari dan dipelajari. Apalah gunanya ilmu tanpa amal. Ibarat pohon tanpa buah. Inilah sepatutnya yang kita utamakan kerana dunia ini adalah sementara sahaja. Akhirat itu adalah negeri yang kekal selama2nya. Tentu kita semua inginkan tempat kembali yang bahagia kan?. Allah telah mengingatkan kita bahawa, jika kita mengejar dunia, akhirat akan meningalkan kita tetapi jika kita mengejar akhirat, dunia pun akan kita dapat juga.
Sekarang, matlamatku adalah untuk mencapai kebebasan kewangan dan deadlinenya adalah satu tahun dari sekarang ; dari tarikh hari ini 06/11/2008. Berikan ibu setahun ye anak2 ibu. Ibu akan berusaha bersungguh-sungguh demi masa depan anak2 ibu semua. Pada tarikh ini di tahun hadapan, kita akan lihat hasilnya nanti. Mencari rezeki itu adalah salah satu cabang daripada tanggungjawap ibu bapa. Mencari rezeki juga adalah cabang ibadat kepada Allah. Agama jika juga menuntut kita untuk mencari rezeki seolah2 kita akan hidup seribu tahun lagi tetapi hendaklah kita beribadat seolah2 kita akan mati esok hari. Dengan erti kata lain, kedua2nya haruslah seimbang.
"9/10 daripada punca rezeki di dunia ini datangnya dari berniaga." - Nabi Muhammad S.A.W.
"Tanamkan dalam diri kita bahawa untuk berjaya itu lebih mudah daripada untuk gagal - To succeed is easier than to failed." - Dr Fazilah Kamsah.
"Janganlah berfikiran bahawa anda perlu menjadi seorang kaya sebelum boleh menjadi seorang pelabur. Anda perlu belajar untuk menjadi seorang pelabur jika anda ingin menjadi seorang kaya" - Warren Buffett, Pelabur Terkaya Didunia.
Rahsia menjadi seorang pelabur kaya ialah dengan melabur terhadap diri sendiri dahulu melalui pendidikan kewangan sebelum mula melakukan sebarang pelaburan.
Matlamatku bukannya untuk kaya yang sebenarnya. Tetapi untuk mencapai kebebasan kewangan. Dengan erti kata lain, tiada masalah kewangan yang menyesakkan dada. Lebih2 lagi tinggal di kota dengan anak2 yang sedang membesar. Tapi tak salah untuk menjadi kaya asalkan kita pandai berterima kasih dan bersyukur kepada Allah Ta'ala yang memberikan kita kekayaan tersebut dan tidak kedekut untuk berkongsi pula dengan hambaNya yang kurang bernasib baik melalui bersedekah dan berzakat. Amat besar pahalanya jika kita dapat meringankan beban orang lain. Sebab itulah Islam tidak menghalang umatnya untuk menjadi kaya kerana hanya yang kaya dan berkemampuan sahaja yang dapat membantu golongan yang tidak berkemampuan. Kerana tangan yang memberi itu lebih mulia dari tangan yang menerima.
Untuk menunaikan rukum islam yang kelima juga memerlukan umat Islam itu berkemampuan. Di sini jelas sekali Allah mengkehendaki hambanya untuk berusaha mencukupkan keperluan untuk ke tanah suci kerana untuk ke bumi penuh barakah itu bukannya memerlukan perbelanjaan yang sedikit. Dan semoga impianku untuk ke tanah suci di usia yang masih muda dan sihat ini akan tercapai.
Semoga Allah mempermudahkan langkah dan usahaku dalam mencari syurgaNya dan mencari rezeki yang halal untuk anak2 ku. Amin.
.