Showing posts with label falsafah. Show all posts
Showing posts with label falsafah. Show all posts

Wednesday, January 23, 2008

Sempena Ma'al Hijrah 1429 ini

Bermulalah satu lembaran baru pada 1 Muharam 1429 H, bersamaan 10 Jan 2008. Satu lagi episod baru untuk dilakonkan, yang mana para pelakon utamanya adalah diri kita sendiri. Bagiku, bukan fizikal yang berubah tetapi semangat di dalam diri yang sewajarnya menuju satu tahap yang lebih baik. Setkan di dalam minda akan perubahan yang kita inginkan. Tidak perlu sesuatu yang drastik, mulakan dengan perancangan yang kecil, cthya: bangun seawal 5.30 pagi setiap pagi untuk menyediakan bekal sarapan pagi untuk anak, suami dan diri sendiri. Untuk berubah, kita perlu
  • TAHU : kita TAHU kita perlu berubah ke arah yang lebih baik.

  • MAHU : tahu sahaja tak guna jika kita tak MAHU untuk berubah.

  • MAMPU : MAMPU dari segi fizikal, wang ringgit dan jangka masa.

Mesej yang bernilai ini diperolehi dari stesen Selangor FM (frekuansi 100.9). Sambil- sambil dengar lagu kat channel lain tu, sambil-sambil layan jammed kat jalanraya tu, sekali sekala tukar la ke channel yang informative ( my personal point of view).

**************************************************************************************

Adik Sharlinie hilang. Pada ma'al hijrah tahun ini jugalah terjadi satu lagi kes jenayah yang membuatkan kita berasa gerama, marah, kasihan dan simpati. Geram dan marah pada si penjenayah, kasihan dan simpati sungguh pada adik Sharlinie dan keluarga. Negara kita yang kononnya dah 5o tahun merdeka ini sudah tidak seselamat 10 atau 20 tahun dahulu. Kalau dulu kanak- kanak bebas bermain berkejaran ke mana-mana sahaja walaupun tanpa pengawasan ibu bapa. Zaman sekarang ni, orang kata "pantang lepa" atau "pantang terlepas pandang". Sesungguhnya benarlah kata pujangga


"di dalam masyarakat binatang, tiada seorang pun manusia. Tetapi di dalam masyarakat manusia, terlalu banyak binatang.



Tuesday, January 15, 2008

Falsafah

Semalam adalah sejarah - yang tidak mungkin dapat diubah
Esok adalah impian - yang tidak pasti
Hari ini adalah kenyataan - yang sedang kita lakarkan di atas kanvas kehidupan seputih salju. Terpulang kepada kita untuk mencorakkannya dengan warna :HITAM, MERAH, KELABU, BIRU...


"Sepantas-pantas dan setangkas-tangkas kaki kanan berlari, ia masih perlu seiring dengan kaki kiri. "
- kita tidak perlu sombong dan cuba untuk hidup sendirian. Ingatlah, nasi yang kita makan bukan kita sendiri yang tanam, ikan yang kita makan bukan kita sendiri yang jala,waima kereta yang kita pandu itu bukan kita sendiri yang membuatnya. Hidup tetap akan bergantung kepada orang lain hatta ke liang lahad sekalipun.

"Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak bererti menyokong, menegur tidak bererti membenci, berbeza pendapat adalah teman berfikir yang paling baik."