- TAHU : kita TAHU kita perlu berubah ke arah yang lebih baik.
- MAHU : tahu sahaja tak guna jika kita tak MAHU untuk berubah.
- MAMPU : MAMPU dari segi fizikal, wang ringgit dan jangka masa.
Mesej yang bernilai ini diperolehi dari stesen Selangor FM (frekuansi 100.9). Sambil- sambil dengar lagu kat channel lain tu, sambil-sambil layan jammed kat jalanraya tu, sekali sekala tukar la ke channel yang informative ( my personal point of view).
**************************************************************************************
Adik Sharlinie hilang. Pada ma'al hijrah tahun ini jugalah terjadi satu lagi kes jenayah yang membuatkan kita berasa gerama, marah, kasihan dan simpati. Geram dan marah pada si penjenayah, kasihan dan simpati sungguh pada adik Sharlinie dan keluarga. Negara kita yang kononnya dah 5o tahun merdeka ini sudah tidak seselamat 10 atau 20 tahun dahulu. Kalau dulu kanak- kanak bebas bermain berkejaran ke mana-mana sahaja walaupun tanpa pengawasan ibu bapa. Zaman sekarang ni, orang kata "pantang lepa" atau "pantang terlepas pandang". Sesungguhnya benarlah kata pujangga
"di dalam masyarakat binatang, tiada seorang pun manusia. Tetapi di dalam masyarakat manusia, terlalu banyak binatang.
0 comments:
Post a Comment