Wednesday, August 11, 2010

Lambaian Kaabah

Minggu lepas aku dah daftar dengan Tabung Haji utk mengerjakan rukun Islam yg kelima. Insya-Allah, turn aku pada tahun 2033. Fuhh. lagi 23 tahun tuh, sempat ke aku?. Tapi kata kerani tu, kalau dah cukup duit, boleh buat rayuan utk mempercepatkan tarikh tu. Harap2 adalah rezeki aku ( dan keluarga kalau mampu ) utk kumpulkan duit. Tersentuh hati bila tgk video ni, terasa diri teramat kerdil didepanNya.

Ramai org bila ditanya, bila nak pergi Mekah, bila nak naik Haji. Dan ramai pula yg akan jawap "tak sampai seru lagi". Aku paling menyampah dengar alasan tu. Allah dah seru 1400 tahun yang lalu. Jangan la guna alasan tu.

"Ya Allah, berilah hambaMu ini taufik dan hidayahMu, berkatilah usia, rezeki dan anak2ku. Permudahkanlah jalanku menuju ke SyurgaMu dan jauhkan aku daripada melakukan kemungkaran.

Kejarlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara.

  1. Masa sihat sebelum sakit
  2. Masa kaya sebelum miskin
  3. Masa muda sebelum tua
  4. Masa lapang sebelum sibuk
  5. Masa hidup sebelum mati

Friday, July 9, 2010

Afgan Padamu Ku Bersujud

Found at: - FilesTube

Wednesday, June 30, 2010

Terkenang semasa dulu. 1994/95



Monday, June 28, 2010

Putrajaya 2008











Bawa mak dan adik jalan2 di putrajaya

Thursday, June 10, 2010

Last day

Antara sedih, gembira, teruja dan macam2 lagi. 10 tahun aku cari rezeki kat sini. Pelbagai ragam manusia ku temu. Ragam customer, boss, kawan dan sahabat. Terima kasih semua atas pengalaman pahit dan manis sepanjang 10 tahun ini.Pengalaman manis akan ku ingat sampai bila2, pengalaman pahit akan ku patrikan kemas2 di lubuk hati. Tapi kedua2nya takkan ku padamkan dari kotak memoriku.

Terima kasih PERNEC

Tuesday, June 8, 2010

Malaikatmu.. ...

Suatu hari seorang bayi siap untuk dilahirkan ke dunia....

Dia bertanya kepada Tuhan : " Para malaikat disini mengatakan bahawa besok Engkau akan mengirimkan saya kedunia, tetapi bagaimana cara saya hidup disana; saya begitu kecil dan lemah ?"
Dan Tuhan menjawab: "Aku telah memilih satu malaikat untukmu. Ia akan menjaga dan mengasihimu ."

Bayi bertanya lagi: "Tetapi disini; didalam syurga ini, apa yang saya lakukan hanyalah bernyanyi, bermain dan tertawa...Inikan sudah cukup bagi saya untuk berbahagia ."
"Malaikatmu akan bernyanyi dan tersenyum untukmu setiap hari. Dan kamu akan merasakan kehangatan cintanya dan menjadi lebih berbahagia"

"Dan bagaimana bisa saya mengerti disaat orang-orang berbicara kepada saya jika saya tidak mengerti bahasa mereka ?"
"Malaikatmu akan berbicara kepadamu dengan bahasa yang paling indah yang pernah kamu dengar; dan dengan penuh kesabaran dan perhatian. Dia akan mengajar kepadamu cara berbicara."

"Dan apa yang akan saya lakukan saat saya ingin berbicara kepadaMu ?""
Malaikatmu akan mengajarkan bagaimana cara kamu berdoa"

"Saya mendengar bahawa di Bumi banyak orang jahat. Siapa yang akan melindungi saya ?"
"Malaikatmu akan melindungimu; walaupun hal tersebut mungkin akan mengancam jiwanya"

"Tapi, saya pasti akan merasa sedih kerana tidak melihatMu lagi"
"Malaikatmu akan menceritakan kepadamu tentang Aku, dan akan mengajarkan bagaimana agar kamu bisa kembali kepadaKu; walaupun sesungguhnya Aku akan sentiasa isisimu"

Disaat itu Syurga begitu tenang dan heningnya sehingga suara dari Bumi dapat terdengar, dan sang bayi bertanya perlahan : "Tuhan, jika saya harus pergi sekarang, bisakah Kamu memberitahuku nama malaikat tersebut ?"
"Kamu akan memanggil malaikatmu itu: " IBU "

Ingatlah sentiasa kasih sayang dan pengorbanan ibu. Berbakti, berdoa dan cintailah dia sepanjang masa..... Dialah sesatunya harta yang tiada galang gantinya dunia akhirat...

Dan untuk para ibu, ingatlah kisah ini dikala kamu hilang sabar dengan karenah anak-anak yang sedang membesar....sesungguhnya hanya Syurga itu dibawah telapak kakimu...

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
1) Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
2) Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
3) Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, dan dosa- dosa yang silam
4) Di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

"Sampaikan! lah walau satu ayat"

Wednesday, May 26, 2010

Setiap detik yg berlalu adalah kenangan yang terindah

Hari pertama bekerja setelah 2 bulan cuti bersalinkan Ain. Mood keje tak de lagi.

Ina - 9 thn
Anak sulong, menjadi harapan ibu dan contoh utk adik2.Tak sangka ina dah besar, terasa bagai baru semalam ibu melahirkan ina.

Paling tak boleh lupa ketika ina sekolah tadika dulu. Setiap kali hantar ke tadika, mesti dia akan berlari keliling tadika utk melambaiku pergi keja. Setiap kali itu jugalah air mataku menitik. Sedih sbb terpaksa berjauhan dengan mereka. Bersabarlah ye, tak lama lagi ibu dah nak berenti keje. Tak de la anak2 ibu org lain yg jaga.

Afiq - 6 thn
"Afiq tak nak besar. Sebab kalau afiq besar, ibu mati". Tanggapan budak2 macam tu lah, manusia akan mati bila tua nanti. Ibu pun kalau boleh tak nak afiq besar, tapi mustahil kan?.

Siti - 3 thn
Anak ibu yang paling memahami. Siti tak dengkikan adik dia walaupun ketika ini umurnya baru 2 thn 8 bulan, tapi amat sayang sekali. Kalau muka ibu masam sikit, siti cepat2 tanya "Ibu tak marah siti kan?. Kalau ibu jawap "ibu marah!", dia akan tanya lagi sampailah jawapan ibu "taklah, ibu tak marah siti". Pastu dia akan buat muka lawak dia nak bagi ibu gelak dan hilang marah ibu. Ataupun dia buat patung (skrg tgh tayang citer patung kat tv). Kalau ibu marah pun, sekejap je siti.

Ain - 2 bulan
Adik yang tak banyak karenah. Terima kasih Ain. Hari ni hari pertama Ain kat nursery. Sedih nak tinggalkan Ain dan kakak2, abang kat nursey. Kejap je kan 10 hari je kan?

Anak2ku
Ibu teramat2 sayangkan kalian.