Mimpi lagi!.. tak tau la ngapa sejak akhir ni byk mimpiku jadi nyata. Antara percaya dengan tak.. nak kata mainan tidur, ye jugak. Nak kata peringatan dari Allah ye jugak. Tapi aku lebih suka ambik yg no 2 tu --> peringatan Allah.
Aku selalu berpesan pada diri sendiri, kalau tak suka org buat kat kita mcm ni, jgn buat perkara yg sama kat orang lain... kerana dunia ini bagaikan roda...
Conclusion dari mimpi : always prepare for the worst.
Monday, December 14, 2009
Mimpi lagi
Posted by MyDamai at 8:15 PM 2 comments
Tuesday, November 17, 2009
Bongkaknya manusia itu
"I'm too damn good!"..
Huh.. kenapa ye manusia itu terlalu bongkak. Agaknya dia rasa satu dunia ni dalam genggaman dia. Sedarlah wahai manusia, pangkat yang engkau pegang tu hanya pinjaman, rezeki yang engkau nikmati tu pun hanya pinjaman. Harta yang engkau kejar2kan sangat tu pun hanya pinjaman. Waima seluruh dunia ni pun adalah pinjaman semata2. Tak de yang kekal, tak boleh bawak ke kubur pun.
Aku rasa lah, manusia yang sorang tu dah lupa diri, asal usul kejadian diri. Manusia ditugaskan sebagai khalifah di muka bumi ini, untuk mentadbir alam ini dengan sebaik2nya, bukannya untuk menjadi diktator yang sesuka hati menidakkan hak manusia lain.
Manusia itu tak pernah sedar, nyawa yang dikandung oleh badannya itu pun hanyalah pinjaman. Tiba masanya nanti Allah nak tarik balik, takkan terlambat atau tercepat walau sesaat pun. Insaflah wahai manusia. Tiada apa yang menjadi bekalan kita di akhirat alam yang kekal abadi kecuali 3 perkara:
1. Sedekah jariah
2. Ilmu bermanfaat yang diajarkan kepada orang lain
3. Doa dari anak2 yang soleh.
p/s: nasib baiklah aku tak duduk serumah dengan manusia spesis macam tuh. Kalau tak, confirm sasau jadinya.
Posted by MyDamai at 5:58 PM 0 comments
Wednesday, November 4, 2009
6 Principles Of Life
Think deeply.
1. No point using limited life to chase unlimited money
2. No point earning so much money you cannot live to spend it.
3. Money is not yours until you spend it.
4. When you are young, you use your health to chase your wealth;when you are old, you use your wealth to buy back your health. Difference is that, it is too late.
5. How happy a man is, is not how much he has but how little he needs.
6. No point working so hard to provide for the people you have no time to spend with
Posted by MyDamai at 7:22 PM 0 comments
Wednesday, October 21, 2009
Mimpi
Lama betul tak update blog ni. Tak de masa a.k.a tak de mood/feel nak berkongsi cerita.
Kata orang, mimpi tu mainan tidur. Tak boleh percaya sangat. Tapi mimpi juga adalah satu signal/petunjuk dari Yang Maha Esa. Betul jugak tu.
Minggu lepas, mimpi pasal laut. Memang menakutkan. Drive kete, kat passanger seat ada sorang pompuan yg aku tak kenal langsung. Tetiba sampai kat atas laut yg sayup mata memandang, jalan raya tu kosong je, tak de divider, tak de benteng/palang. Dah la tu, bengkak bengkok lak tu. Tetiba, dush... terus terbabas masuk laut. Aku meronta2 nak naik ke permukaan tapi tak leh. Lama2 aku berkata dlm hati "Kalau lah Allah nak tarik nyawaku, tak guna aku meronta2 lagi.. dan aku terus terjaga lepas tu..
Tapi setiap kali aku mengandung mesti mimpi pasal air. Orang kata air ni bermaksud rezeki. Kalau betul alhamdulillah, lautan seluas mata memandang, maksudnya rezeki yang melimpah ruah????..
Anak pertama - mimpi air yang datang dari satu arah.. tapi tak de tempat nak lari. Terperangkap akhirnya.
Anak ke2 - tak ingat dah. Pasal air gak.
Anak ke3 - naik sampan sensorang.. tiba2 sampai kawasan curam/air terjun. Masa jatuh ke bawah separuh jalan tu, tetiba air terjun tu keras mcm air batu. Nak dijadikan cerita, anak ke3 ambik masa nak deliver sbb tali pusat terbelit. nasib baik tak lemas. Ada significant ngan ais terjun tu agaknya.. ceh.. pandai2 je aku ni..
Anak ke4 - mimpi jatuh dlm laut.
Apa2pun, aku bermohon pada Allah Ta'ala agar dikurniakan anak/anak2 yang sempurna mental dan fizikalnya, sihat tubuh badannya.
Sungguh ajaib ciptaan Allah kan?.. begitu detail dan teliti. Subhanallah.
Posted by MyDamai at 12:43 AM 1 comments
Thursday, July 16, 2009
Wednesday, July 8, 2009
Bagaimana untuk mengurangkan tekanan
Pagi2 dengar radio SelangorFM memang best. Lagi2 kalau dengar celoteh DJ Zainal.. sempoi dan santai.
Tekanan/stress memang menyesakkan fikiran. Tapi ada cara yang paling senang utk atasinya. LUAHKAN apa yang memberi tekanan kepada kita. Nak luah kat sapa:
1.Luahkan pada Yang Maha Mendengar kerana tiada yang lebih sudi mendengar masalah kita selain dariNya.
2.Luahkan pada ahli keluarga/teman rapat. kalaupun mereka tak mampu untuk menyelesaikan masalah kita, tapi sedikit sebanyak akan membantu melegakan perasaan tertekan kita itu.
3.Kalau tak de sangat dah teman utk mengadu, mengadulah pada kucing ke, pokok ke, dinding ke
Masalah/tekanan yang dipendam sorang2 lama2 akan memakan diri sendiri. So, belajarlah untuk berkongsi masalah kita.
Sumber : Dr HM Tuah
Posted by MyDamai at 5:48 PM 0 comments
Labels: Santapan Rohani
Thursday, July 2, 2009
Apa itu cinta
Pepagi ni jiwang skit.. 1st impression kebanyakan dari kita menterjemahkan cinta itu hanya untuk kekasih. Sebenarnya cinta itu amat luas. Ada cinta untuk Yang Maha Pencipta, Allah Ta'ala dan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Ada juga cinta untuk ibu bapa yang tidak terbalas jasa mereka hingga ke akhir hayat kita. Cinta untuk suami/isteri dan cinta untuk anak2. Kalau nak listkan satu2, rasanya panjang lagi list ni. So, apa itu cinta :
CINTA ITU BOLEHLAH DIUMPAMAKAN BAGAI MAKAN SAMBAL BELACAN
WALAUPUN PEDAS SEHINGGAKAN MENGALIRKAN AIR MATA
TETAP AKAN DIMAKAN JUA
JANGANLAH CINTA DIANGGAP SEPERTI GORENG PISANG
ENAK DIMAKAN PANAS2
KALAU DAH SEJUK HILANG ENAKNYA..
--- walaupun lawak tapi ada betulnya kan??...
Posted by MyDamai at 5:40 PM 0 comments
Monday, May 25, 2009
Belajarlah Untuk Berkata Cukup
Petikan dari email. Amat bermanfaat.
Belajarlah Untuk Berkata Cukup
"Minggu lepas saya sempat tonton sebahagian dari sebuah filem yang disiarkan di channel Vision Four. Tajuknya Interstate 60. Pelakon utamanya saya tak kenal tapi pelakon tambahannya ramai yang top2. Salah satu babak yang saya ingat sangat, ialah di awal cerita yang membabitkan pelakon terkenal, Micheal J.Fox. Dalam babak tu, Micheal kelihatan seperti seorang businessman yang sibuk.
Ketika itu dia sedang bercakap2 di handphonenya di dalam kereta. Di belakangnya ada seorang lelaki sedang mengayuh basikal sambil menghisap pipe. Tiba2 Micheal buka pintu keretanya dan akibatnya lelaki tersebut terlanggar pintu tersebut dan te rgolek. Tengah tergocoh2 & sibuk mintak maaf tuh, handphone Micheal terlepas dari tangan. Sampai je ke atas jalan, datang satu trailer lenyek handphone. Apa lagi, menyumpah seranah la dia.
Selanjutnya....
Yela... Sebagai businessman, tentu handphone tu alat penting untuknya. Dalam keadaan marah, terkeluar dari mulut Micheal (lebih kurang la...) "Saya harap ini tak pernah terjadi". Rupa2nya lelaki yang bawa basikal tadi ada kuasa magik. Dia mampu ulang balik masa dan mereka kembali ke satu keadaan di mana Micheal masih dalam kereta dan lelaki tadi masih menunggang basikalnya.
Bila tiba hampir ke kereta Micheal, dia berhenti. Tiba2 Micheal keluar dari kereta. Kali ni lelaki tadi tak melanggar pintunya seperti sebelum ini. Jadi Micheal terus rancak berbual hinggalah tiba2 datang trailer dan melanggar Micheal J. Fox. Lelaki tadi, yang berada di belakang kereta Micheal & memerhatikan segalanya, bekata "Some people just don't know what to wish for" (Sesetengah orang tak tahu apa yang patut diminta).
Apa kesudahan filem ini saya tak tahu sebab saya tak menontonnya hingga selesai. Tapi saya cukup tertarik dengan perkataan lelaki yang berbasikal tu. Sesetengah orang tak tahu apa yang patut mereka minta. Bukankah hampir kita semua begitu? Dalam filem tadi, Micheal mengharapkan kemalangan tu (basikal langgar pintu keretanya) tak berlaku supaya handphonenya terselamat. Tapi tanpa kemalangan itu, dia pula yang maut. Perasan tak?
Ini satu telefilem fiksyen. Rekaan semata2. Tapi perkara ni sebenarnya berlaku dalam kehidupan seharian kita. Seringkali kita meminta perkara yang macam2 seolah2 itulah yang terbaik untuk kita. Persoalannya, tahukah kita apa yang terbaik untuk kita? Kalau kita dilahirkan miskin, kita sering berdoa untuk menjadi kaya. Hendak mengubah kehidupan, kita kata. Tapi kita pastikah kekayaan itu yang terbaik untuk kita?
Atau kita dilahirkan pendek, atau terlalu tinggi, atau hitam atau berpenyakit. Tentunya kita mengharap2kan keajaiban untuk menjadi manusia yang sempurna atau sekurang2nya 'just nice'. Mungkin juga kita terbabit dalam kemalangan yang mengorbankan orang yang tersayang. Pasti tercalit dalam hati keinginan untuk mengembalikan masa itu supaya kemalangan itu dapat dielakkan dan nyawa orang kesayangan kita juga selamat. Kan ?
Persoalannya, adakah apa yang kita perolehi sekarang ini bukan yang terbaik? Adakah Allah itu zalim atau pilih kasih dengan memberi sesetengah orang nikmat manakala setengah lagih azab? Bukankah Allah itu Maha Adil? Bukankah Allah itu Maha Mengetahui? Bukankah Allah itu Maha Bijaksana? Jika begitu, mengapakah ada sesetengah dari kita yang bernasib malang manakala sesetengah yang lain bernasib baik sepanjang hidup mereka?
Sebenarnya, kita adalah apa yang kita minta (we are what we wish for). Kadangkala tatkala kita berdoa, kita sendiri kurang faham dengan apa yang kita minta. Ada orang berdoa minta selamat. Akan tetapi Allah berikan dia dari sihat jatuh sakit. Dari kaya jatuh miskin. Dari jelita jadi huduh. Bagaimana itu? Itu hanyalah sebagai ujian kesabarannya. Seandainya imannya tetap kuat, insyaAllah dia akan selamat di akhirat kelak.
Selamat juga, bukan? Adakah Allah menolak permintaannya? Tidak! Bahkan Allah meletakkannya ke tempat yang lebih tinggi. Begitu juga dengan keadaan saya baru2 ini. Hidup dikelilingi hutang lapuk. Pening kepala nak bayar. Interest makin meningkat. Ibu mana yang tak kasihan lihat anaknya susah hati? Satu hari tu ibu saya beritahu saya yang dia tiap2 hari berdoa minta saya dapat banyak duit. Dia simpati dengan saya katanya.
Saya katakan kepadanya. Kalau banyak duit, tiap2 bulan saya dapat, Alhamdulillah. Saya katakan padanya kalau mahu berdoa untuk saya, berdoalah semoga hutang lapuk saya selesai. Saya beritahunya ketika sebelum Zuhur. Zuhur tu juga dia telah tukar doanya dan Alhamdulillah, petang itu juga saya nampak jalan penyelesaiannya. Doa ibu itu berkat. Sekarang, Alhamdulillah ringan rasanya beban di kepala saya. Maha Suci Allah...
Apabila Allah menentukan sesuatu ke atas kita, percayalah itu adalah yang terbaik. Hanya mata kita yang diseliputi dengan nafsu yang tidak dapat melihat kebaikan yang ada pada sesuatu kejadian. Mengapa sukar bagi kita untuk redha kepada kejadian Allah? 'Grass is always greener on the other side'. Kan ? Kita sentiasa melihat apa yang ada pada orang lain itu lebih baik dari apa yang kita miliki.
Sedang Nabi saw telah menasihatkan agar kita melihat orang yang di bawah. Jangan melihat orang lebih tinggi kerana intu akan membuat kita tidak bersyukur. Dan itulah masalahnya pada diri kita. Kita sentiasa mengejar peluang yang lebih baik. Sentiasa mahukan yang lebih banyak. Saya sendiri mengalami perkara ini. Dan saya percaya ramai yang turut mengalaminya. Siapa yang taknak gaji besar, kan ?
Masa saya grad, ekonomi negara benar2 sedang menjunam. Saya ke hulu ke hilir mencari kerja. Akhirnya saya bekerja sebagai operator di kilang metal stamping. Gaji RM400 sebulan. Tiada OT. Tolak itu, tolak ini, dapatlah RM350. Hm... Cukup? Dah tentu tidak. Ketika itu saya hanya memiliki sebuah motor Yamaha 110SS hadiah ayah sempena dia dapat EPF. Isi minyak dengan makan dah habis. Ketika itu saya fikir, dapat gaji RM750 pun jadilah.
Kemudian saya bekerja sebagai Lab Technician. Betul2 saya dapat RM750. Cukup? Tak juga. Masa tu saya mula terfikir. Dapat gaji RM1500 pun dah cukup. Allah tunaikan lagi. Bekerja pula di petrochemical plant. Sebagai trainee, dapat la RM1500 sebulan. Ya Allah... tak cukup juga. Sebab masa tu saya dah beli kereta Iswara. Saya fikir, dapat RM2500 cukup la. Tapi bila dapat banyak tu, saya tukar kereta pula. Kesimpulannya tak cukup juga!
Memang takkan cukup. Nafsu itu adalah benda yang paling besar! Sekarang, ketika kawan2 saya berlumba masuk syarikat lain yang offer gaji 2 - 3 kali ganda, saya tetap di sini. Kalau ada yang bertanya kenapa saya tak ikut mereka, senang saya katakan. Saya selesa di sini. Kalau solat saya panjang, bos tak pernah marah. Sedang rakan2 saya di syarikat baru dibenarkan solat hanya dalam masa 5 minit sahaja.
Kini saya dah pandai mengatakan cukup. Cukuplah sebanyak ini yang Allah beri. Sekiranya diberi lebih, Alhamdulillah. Sekiranya semakin kurang, semoga Allah perkuatkan iman saya menghadapi dugaan mendatang. Yang penting bagi saya, apa yang saya perolehi ini halal dan diberkati. Pesan Nabi saw kepada Saiyidina Ali ra supaya jangan mengira2 rezeki untuk hari esok kerana Allah menurunkan rezeki pada tiap2 hari. Ini benar2 terkesan dalam hati saya.
Tapi bukan bererti kita tak boleh mengejar yang lebih baik. Kejarlah dunia seperti akan hidup 1000 tahun lagi. Tapi dunia itu ibarat bayang2. Makin dikejar makin ia lari. Kejarlah akhirat seperti akan mati esok hari. Kerana akhirat itu umpama matahari. Makin kita kejar akhirat (matahari), dunia (bayang2) akan mengejar kita. Rezeki itu hak Allah maka bermohonlah kepada Yang Memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNya.
Terjadi kepada kenalan saya. Dengan gaji RM1000 sebulan, nak bayar ansuran rumah, nak isi minyak motor yang makin naik, duit lampin anak, duit makan, tinggal pula di JB, memang tak cukup. Sering dia mengeluh. Di tempat kerjanya pula dah lama hadkan OT. Kesian dia. Selalu dia cakap dia nak cari kerja lain. Dah banyak dia apply tapi tak dapat2 sebab tiada kelulusan dan umur pun dah makin lanjut.
Atau setidak2nya dapat banyak OT. Saya katakan padanya, besar periuk besarlah kerak. Sekarang dia pakai motor. Kalau gaji besar lagi, mungkin dia pakai kereta. Besar mana pun tetap tak cukup. Tapi... Masuk telinga kiri keluar telinga kanan. Akhirnya Allah tunaikan permintaannya. Tiba2 dia dapat banyak sangat OT. Hari2 balik rumah sampai tengah malam. Langsung tak rehat. Main dengan anak pun 2 -3 minit masa pagi sebelum ke tempat kerja.
Bila jumpa, dia cakap dah penat. Tak larat nak OT. Saya ketawakan dia. Bukankah ini yang dia minta? Ya, katanya. Tapi dia dah tak larat. Hari Ahad je dia dapat rehat. Bila nak main2 dengan anak? Kesian anaknya. Ke masjid pun hari Jumaat saja sekarang ni... Saya katakan padanya, kita tak boleh dapat segala2nya. Dia nak duit, Allah bagi duit. Tapi dia hilang kehidupan dan masa dengan anaknya. Itu adalah permintaannya. Bersyukurlah Allah telah menunaikan...
Kalau nak dikongsi, terlalu banyak rasanya apa yang saya lalui. Saya pasti, saudara2 semua juga ada lalui perkara yang sama. Di sini, bukan niat saya nak mengajar. Bukan juga nak menunjuk pandai. Saya hanya mengajak saudara2 sekalian terutamanya diri saya sendiri untuk berfikir. Apa yang kita buru? Apa yang kita cari? Apa yang kita dapat? Berapa kali pernah kita bersyukur dan berapa kali pernah kita katakan cukup?
Cukup atau tidak apa yang kita ada, bergantung kepada cukup atau tidak kita bersyukur ke hadrat Allah. Juga bergantung cukup atau tidak kita tambat nafsu kita. Yang penting tiap kali selepas solat, berdoalah pohonkan Allah berikan yang terbaik buat kita. Nabi saw pernah memberitahu, orang yang tidak berdoa selepas solat adalah orang yang sombong. Dalam hadith yang lain, Baginda saw berkata orang yang sombong adalah syirik kerana hanya Allah yang layak untuk bersifat sombong. Wallahu'alam...
Ya Allah! Ampunkanlah kami ya Allah. Selama ini kami leka. Selama ini kami lalai dalam mengejar nikmat dunia hingga kami lupa janji nikmat syurga Mu. Cukupkanlah kami dengan apa yang Kau beri. Dan jadikanlah kami insan yang tahu bersyukur. Amin... Ya Rabbal 'Alamin...
Akhir kata, berlajarlah untuk berkata CUKUP....ALHAMDULILLAH ....."
" Tak perlu mencari teman secantik BALQIS, andai diri tak sehebat SULAIMAN. Mengapa mengharap teman setampan YUSOF, jika kasih tak setulus ZULAIKHA. Tak perlu mencari teman seteguh IBRAHIM, andai diri tak sekuat HAJAR dan mengapa didamba teman hidup sesempurna MUHAMMAD, jika ada keburukan pada dirimu.
Bimbinglah kekurangan itu sebagai keunikan, carilah kebaikan pada dirinya, bersyukurlah kerana dipertemukan dengannya berdoalah dia milik kita ""
Posted by MyDamai at 8:56 PM 0 comments
Labels: Santapan Rohani
Sunday, May 24, 2009
Sukaneka taska syafiq
Pada 16/05/09, telah berlangsung sukaneka taska syafiq. Bukan main semangat betul anak ibu sorang ni. Gembira betul dia dapat nombor satu. Balik rumah baru teringat nak ambik gambar madle dia.
Warming up dulu
Posted by MyDamai at 10:54 PM 0 comments
Labels: Anak2 ku
Monday, May 11, 2009
Selamat Hari IBU
Sedikit coretan sempena HARI IBU
Sebagai peringatan untuk diri sendiri yang selalu terlupa.. juga peringatan untuk anak2ku
Ketika aku kecil dahulu
Bila dahaga, yang susukan aku ... MAK
Bila lapar, yang suapkan aku ... MAK
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku ... MAK
Kata MAK, perkataan pertama yang aku sebut ... MAK
Bila bangun tidur, aku cari ... MAK
Bila nangis, orang pertama yang datang ... MAK
Bila nak bermanja, aku dekati ... MAK
Bila sedih, yang memujukku hanya ... MAK
Bila nakal, yang memarahiku ... MAK
Bila merajuk, yang memujukku cuma ... MAK
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah ... MAK
Bila takut, yang tenangkan aku ... MAK
Aku selalu teringatkan ... MAk
Bila sedih, aku selalu telefon ... MAK
Bila seronok, orang pertama aku nak bagitau ... MAK
Bila bengang, aku suka luah pada ... MAK
Bila takut, aku selalu panggil .. "MAKKKK!!!"
Bila sakit, orang yang paling risau adalah ... MAK
Bila nak exam, orang yang paling sibuk juga ... MAK
Bila buat hal, yang marah aku dulu ... MAK
Bila ada masalah, yang paling risau ... MAK
Yang selalu masak makanan kegemaranku ... MAK
Kalau balik kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk ... MAK
Yang selalu simpan dan kemaskan barang2 aku ... MAK
Yang selalu berleter kat aku ... MAK
Yang selalu puji aku ... MAK
Yang selalu nasihat aku ... MAK
Bila nak kawin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk ... MAK
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari pasanganku
Bila sedih, aku cari ... MAK
Bila berjaya, aku ceritakan pada ... pasanganku
Bila gagal, aku ceritkan pada ... MAK
Bila bahagia, aku peluk erat ... pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ... MAK
Bila nak bercuti, aku bawa, pasanganku
Selalu ... aku ingat pasanganku
Selalu ... mak ingat kat aku
Bila2... aku kan telefon pasanganku
Entah bila, aku nak telefon MAK
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk MAK
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak?. Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai airmata jika kita mendengarnya...
*********************************************
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya ...
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya ...
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya ...
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya ...
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya ...
dan akhir sekalu, berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya ...
************************************************************************************
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya : Kos upah membantu ibu :
1. Tolong pergi kedai : RM4.00
2. Tolong jaga adik : RM4.00
3. Tolong buang sampah : RM1.00
4. Tolong siram bunga : RM3.00
5. Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM15.00
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar2 di mindanya, Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.
1. Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
2. Kos airmata yang menitis keranamu : PERCUMA
3. Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
4. Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu: PERCUMA
Jumlah keseluruhan nilai kasihku : PERCUMA
Airmata anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,
" Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.
Posted by MyDamai at 7:23 PM 0 comments
Labels: Ibu
Thursday, January 22, 2009
market open time
Forex Market Center | Time Zone | Opens | Closes |
Frankfurt | Europe/Berlin | 3:00 PM | 11:00 PM |
Germany | |||
London | Europe/London | 4:00 PM | 12:00 AM |
Great Britain | |||
New York | America/New_York | 9:00 PM | 5:00 AM |
United States | |||
Sydney | Australia/Sydney | 5:00 AM | 1:00 PM |
Australia | |||
Tokyo | Asia/Tokyo | 7:00 AM | 3:00 PM |
Japan |
Posted by MyDamai at 12:29 AM 0 comments
Wednesday, January 21, 2009
Mutiara Kata
Tertarik dengan kata-kata pembakar semangat ini.
"Quitters Never Wins, Winners Never Quits".
Posted by MyDamai at 12:33 AM 0 comments
Wednesday, January 14, 2009
Sedikit coretan untuk hari ini
Sekadar berkongsi maklumat
Levels of Trader Level #1. Unconscious Incompetent
This is the first step you take when starting to look into trading. you know that its a good way of making money cos you've heard so many things about it and heard of so many millionaires.Unfortunately, just like when you first desire to drive a car you think it will be easy - after all, how hard can it be?? - price either moves up or down - what's the big secret to that then - lets get cracking!
unfortunately, just as when you first take your place in front of a steering wheel you find very quickly that you haven't got the first clue about what you're trying to do. you take lots of trades and lots of risks. when you enter a trade it turns against you so you reverse and it turns again .. and again, and again.
you try to turn around your losses by doubling up every time you trade - sometimes you'll get away with it but more often than not you will come away scathed and bruised
Well this is stage one - you are totally oblivious to your incompetence at trading.Stage one can last for a week or two of trading but the market is usually swift and you move onto level #2.
Level two is where you realise that there is more work involved in this and that you might actually have to work a few things out.
you consciously realise that you are an incompetent trader - you don't have the skills or the insight to turn a regular profit.
During this phase you will buy systems and e-books galore, read websites based everywhere from Russia to the Ukraine. and begin your search for the holy grail.
During this time you will be a system whore - you will flick from method to method day by day and week by week never sticking with one long enough to actually see if it does work. every time you came upon a new indicator you'll be ecstatic that this is the one that will make all the difference.
you will test out automated systems on Meta-trader, you'll play with moving averages, Fibonacci lines, support & resistance, Pivots, Fractals, Divergence, DMI, ADX, and a hundred other things all in the vein hope that your 'magic system' starts today.
you'll be a top and bottom picker, trying to find the exact point of reversal with your indicators and you'll find yourself chasing losing trades and even adding to them cos you are so sure you are right.
You'll go into the live chat room and see other traders making pips and you want to know why it's not you - you'll ask a million questions, some of which are so dumb that looking back you feel a bit silly. You'll then reach the point where you think all the ones who are calling pips after pips are liars - they cant be making that amount cos you've studied and you don't make that, you know as much as they do and they must be lying. but they're in there day after day and their account just grows whilst yours falls.
You will be like a teenager - the traders that make money will freely give you advice but you're stubborn and think that you know best - you take no notice and over leverage your account even though everyone says you are mad to - but you know better.
you'll consider following the calls that others make but even then it wont work so you try paying for signals from someone else - they don't work for you either.
This phase can last ages and ages - in fact in reality it can last well over a year - My own period lasted about 18 months.
Eventually you do begin to come out of this phase. You've probably committed more time and money than you ever thought you would, lost 2 or 3 loaded accounts and all but given up maybe 3 or 4 times.
Then comes level 3
Level #3. The EUREKA Moment
Towards the end of stage two you begin to realise that it's not the system that is making the difference.you realise that its actually possible to make money with a simple moving average and nothing else IF you can get your head and money management right
You start to read books on the psychology of trading and identify with the characters portrayed in those books.
Finally comes the eureka moment.
The eureka moment causes a new connection to be made in your brain.
you suddenly realise that neither you, nor anyone else can accurately predict what the market will do in the next ten seconds, never mind the next 20 mins.
You start to work just one system that you mould to your own way of trading, you're starting to get happy and you define your risk threshold.
You start to take every trade that your 'edge' shows has a good probability of winning with.
when the trade turns bad you don't get angry or even because you know in your head that as you couldn't possibly predict it it isn't your fault - as soon as you realise that the trade is bad you close it . The next trade will have higher odds of success cos you know your simple system works.
You have realised in an instant that the trading game is about one thing - consistency of your 'edge' and your discipline to take all the trades no matter what.
You learn about proper money management and leverage - risk of account etc etc - and this time it actually soaks in and you think back to those who advised the same thing a year ago with a smile
you weren't ready then, but you are now.
The eureka moment came the moment that you truly accepted that you cannot predict the market.
Then comes level four
Level #4. Conscious Competence
Ok, now you are making trades whenever your system tells you to. you take losses just as easily as you take wins. you now let your winners run to their conclusion fully accepting the risk and knowing that your system makes more money than it loses and when you're on a loser you close it swiftly with little pain to your account
You are now at a point where you break even most of the time - day in day out, you will have weeks where you make 100 pips and weeks where you lose 100 pips - generally you are breaking even and not losing money.
you are now conscious of the fact that you are making calls that are generally good and you are getting respect from other traders as you chat the day away.
You still have to work at it and think about your trades but as this continues you begin to make more money than you lose consistently.
you'll start the day on a 20 pip win, take a 35 pip loss and have no feelings that you've given those pips back because you know that it will come back again.
you will now begin to make consistent pips week in and week out 25 pips one week, 50 the next and so on.
this lasts about 6 months
then comes level Five
Level #5. Unconscious Competence
Now were cooking - just like driving a car, every day you get in your seat and trade - you do everything now on an unconscious level.
you are running on autopilot. You start to pick the really big trades and getting 100 pips in a day is becoming quite normal to you.
This is trading utopia - you have mastered your emotions and you are now a trader with a rapidly growing account.
you're a star in the trading chat room and people listen to what you say. you recognise yourself in their questions from about two years ago.
you pass on your advice but you know most of it is futile cos they're teenagers - some of them will get to where you are - some will do it fast and others will be slower - literally dozens and dozens will never get past stage two but a few will.
Trading is no longer exciting - in fact it's probably boring you to bits - like everything in life when you get good at it or do it for your job - it gets boring - you're doing your job and that's that.
You can now say with your head held high "I'm a currency trader"
I hope you've enjoyed this text and can recognise yourself in some stage or another - personally I'm at stage four now and am constantly making good amounts of pips - I've been trading in total for about 3 years and the first two were hell on earth.
for those of you reading this who stick with it, ill look forward to the banter we have together in the future when we are both bored to death during the trading day
source : http://forex-plaza.blogspot.com
P/s: I'm still at level 2.. when will level 3 appear?
Posted by MyDamai at 10:48 PM 0 comments