Monday, May 11, 2009

Selamat Hari IBU

Sedikit coretan sempena HARI IBU
Sebagai peringatan untuk diri sendiri yang selalu terlupa.. juga peringatan untuk anak2ku

Ketika aku kecil dahulu
Bila dahaga, yang susukan aku ... MAK
Bila lapar, yang suapkan aku ... MAK
Bila keseorangan, yang sentiasa disampingku ... MAK
Kata MAK, perkataan pertama yang aku sebut ... MAK
Bila bangun tidur, aku cari ... MAK
Bila nangis, orang pertama yang datang ... MAK
Bila nak bermanja, aku dekati ... MAK
Bila sedih, yang memujukku hanya ... MAK
Bila nakal, yang memarahiku ... MAK
Bila merajuk, yang memujukku cuma ... MAK
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah ... MAK
Bila takut, yang tenangkan aku ... MAK
Aku selalu teringatkan ... MAk
Bila sedih, aku selalu telefon ... MAK
Bila seronok, orang pertama aku nak bagitau ... MAK
Bila bengang, aku suka luah pada ... MAK
Bila takut, aku selalu panggil .. "MAKKKK!!!"
Bila sakit, orang yang paling risau adalah ... MAK
Bila nak exam, orang yang paling sibuk juga ... MAK
Bila buat hal, yang marah aku dulu ... MAK
Bila ada masalah, yang paling risau ... MAK
Yang selalu masak makanan kegemaranku ... MAK
Kalau balik kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk ... MAK
Yang selalu simpan dan kemaskan barang2 aku ... MAK
Yang selalu berleter kat aku ... MAK
Yang selalu puji aku ... MAK
Yang selalu nasihat aku ... MAK
Bila nak kawin, orang pertama aku tunjuk dan rujuk ... MAK

Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok, aku cari pasanganku
Bila sedih, aku cari ... MAK
Bila berjaya, aku ceritakan pada ... pasanganku
Bila gagal, aku ceritkan pada ... MAK
Bila bahagia, aku peluk erat ... pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat ... MAK
Bila nak bercuti, aku bawa, pasanganku
Selalu ... aku ingat pasanganku
Selalu ... mak ingat kat aku
Bila2... aku kan telefon pasanganku
Entah bila, aku nak telefon MAK
Selalu... aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila, aku nak belikan hadiah untuk MAK

Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja, bolehkah kau kirim wang untuk mak?. Mak bukan nak banyak, lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah". Berderai airmata jika kita mendengarnya...

*********************************************
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya ...
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya ...
Berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibunya ...
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya ...
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya...
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya ...

dan akhir sekalu, berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya ...

************************************************************************************
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya : Kos upah membantu ibu :
1. Tolong pergi kedai : RM4.00
2. Tolong jaga adik : RM4.00
3. Tolong buang sampah : RM1.00
4. Tolong siram bunga : RM3.00
5. Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM15.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar2 di mindanya, Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu dibelakang kertas yang sama.
1. Kos mengandungkanmu selama 9 bulan : PERCUMA
2. Kos airmata yang menitis keranamu : PERCUMA
3. Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu : PERCUMA
4. Kos menyediakan makan minum, pakaian dan keperluanmu: PERCUMA
Jumlah keseluruhan nilai kasihku : PERCUMA
Airmata anak berlinang setelah membaca apa yang ditulis oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,

" Saya sayangkan ibu".
Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.

0 comments: