Monday, January 28, 2008

Jiwang jap

A song by Imran Ajma'in
I really love this song and the lyric when the first time I heard it during every Ramadhan night 1428 H. It was a theme song for drama "Keranamu Saerah'. The picture and landscape/scene was very fascinating and nice.

relaku menunggumu
seribu tahun lama lagi
tapi benarkah hidup ku akan selama ini
biar berputar utara selatan
ku tak putus harapan
sedia setia

relaku mengejarmu
seribu batu jauh lagi
tapi benarkah kakiku akan tahan sepanjang jalan ini
biar membisu burung bersiulan
terlelah gelombang lautan
ku masih setia

adakah engkau yakin
Ini cinta
adakah engkau pasti
Ini untuk selama-lamanya

jangan putus harapan
sedia setia

****** Imran Ajma'in - Seribu Tahun ********

Wednesday, January 23, 2008

Sempena Ma'al Hijrah 1429 ini

Bermulalah satu lembaran baru pada 1 Muharam 1429 H, bersamaan 10 Jan 2008. Satu lagi episod baru untuk dilakonkan, yang mana para pelakon utamanya adalah diri kita sendiri. Bagiku, bukan fizikal yang berubah tetapi semangat di dalam diri yang sewajarnya menuju satu tahap yang lebih baik. Setkan di dalam minda akan perubahan yang kita inginkan. Tidak perlu sesuatu yang drastik, mulakan dengan perancangan yang kecil, cthya: bangun seawal 5.30 pagi setiap pagi untuk menyediakan bekal sarapan pagi untuk anak, suami dan diri sendiri. Untuk berubah, kita perlu
  • TAHU : kita TAHU kita perlu berubah ke arah yang lebih baik.

  • MAHU : tahu sahaja tak guna jika kita tak MAHU untuk berubah.

  • MAMPU : MAMPU dari segi fizikal, wang ringgit dan jangka masa.

Mesej yang bernilai ini diperolehi dari stesen Selangor FM (frekuansi 100.9). Sambil- sambil dengar lagu kat channel lain tu, sambil-sambil layan jammed kat jalanraya tu, sekali sekala tukar la ke channel yang informative ( my personal point of view).

**************************************************************************************

Adik Sharlinie hilang. Pada ma'al hijrah tahun ini jugalah terjadi satu lagi kes jenayah yang membuatkan kita berasa gerama, marah, kasihan dan simpati. Geram dan marah pada si penjenayah, kasihan dan simpati sungguh pada adik Sharlinie dan keluarga. Negara kita yang kononnya dah 5o tahun merdeka ini sudah tidak seselamat 10 atau 20 tahun dahulu. Kalau dulu kanak- kanak bebas bermain berkejaran ke mana-mana sahaja walaupun tanpa pengawasan ibu bapa. Zaman sekarang ni, orang kata "pantang lepa" atau "pantang terlepas pandang". Sesungguhnya benarlah kata pujangga


"di dalam masyarakat binatang, tiada seorang pun manusia. Tetapi di dalam masyarakat manusia, terlalu banyak binatang.



Tuesday, January 15, 2008

Falsafah

Semalam adalah sejarah - yang tidak mungkin dapat diubah
Esok adalah impian - yang tidak pasti
Hari ini adalah kenyataan - yang sedang kita lakarkan di atas kanvas kehidupan seputih salju. Terpulang kepada kita untuk mencorakkannya dengan warna :HITAM, MERAH, KELABU, BIRU...


"Sepantas-pantas dan setangkas-tangkas kaki kanan berlari, ia masih perlu seiring dengan kaki kiri. "
- kita tidak perlu sombong dan cuba untuk hidup sendirian. Ingatlah, nasi yang kita makan bukan kita sendiri yang tanam, ikan yang kita makan bukan kita sendiri yang jala,waima kereta yang kita pandu itu bukan kita sendiri yang membuatnya. Hidup tetap akan bergantung kepada orang lain hatta ke liang lahad sekalipun.

"Mengkritik tidak bererti menentang, menyetujui tidak bererti menyokong, menegur tidak bererti membenci, berbeza pendapat adalah teman berfikir yang paling baik."

Tuesday, January 8, 2008

Besarnya pengorbanan seorang ibu

Seorang insan yg tidak akan terbalas segala jasa-jasanya walaupun harta dan nyawa dipertaruhkan. Insan yang sanggup berkorban apa sahaja demi anak-anak tercinta sehinggakan Allah meletakkan tarafnya sebegitu tinggi, iaitu selepas Allah Ta'ala dan Rasulullah. Sehinggakan syurga itu diletakkan di bawah telapak kakinya. Bukannya secara fizikal syurga itu letaknya dibawah telapak kakinya, ia hanyalah suatu simbolik sahaja. Dengan erti kata lain, untuk mencapai syurga Allah yang tidak tergambar dek imaginasi kita manusia biasa ini, ketaatan terhadap insan ini adalah kunci utamanya. Dialah insan yang teristimewa: IBU/MAK/MAMA/UMI.

Who should I give my love to?
My respect and my honour to?
Who should I pay good mind to
After Allah and Rasulullah?
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hold you
And clean you and clothe you?
Who used to feed you
And always be with you?
When you were sick
Stay up all night
Holding you tight?
That right no other My mother

Who should I take good care of
Giving all my love?
Who should I think the most of
After Allah and Rasulullah?
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father

Cause who used to hear you
Before you could talk?
Who used to hold you
Before you could walk?
And when you fell
Who'd pick you up?
Clear your cut?
No one but Your mother
My mother

Who should I stay right close to?
Listen most to?
Never say no to
After Allah and Rasulullah?
Comes your mother
Who next? Your mother
Who next? Your mother
And then your father
Cause who used to hug you
And buy you new clothes?
Comb your hair and blow your nose?
And when you cries who wiped your tears?
Knows your fears?
Who really cares?
My mother

Say Alhamdulillah
Thank you Allah
Thank you Allah
For my mother

By Yusof Islam

Sunday, January 6, 2008

Ina starts schooling

2/1/2008

Anak sulungku dah start sekolah. Pejam celik-pejam celik dah 7 tahun usia dia. Alhamdulillah, tak ada masalah besar sangat nak menguruskannya ke sekolah. Lagipun dia dah biasa ke taska dan menguruskan diri sendiri.
"Ibu, ina dah berapa tahun?"
"Ibu, bila ina nak sekolah kebangsaan?"
"Ibu, esok berapa hari bulan?"
Hai.. letih dan jenuh nak jawab soalan-soalan dia. Tiap-tiap hari asyik tanya soalan sama. Nak tak nak kena la jawab dengan penerangan yang panjang lebar.
"Hari ni ina dah sekolah kebangsaan. Dalam kelas jangan main- main ngan kawan, dengar cakap cikgu baru ina jadi pandai. Kalau ina pandai, nanti cikgu sayang kat ina, nanti dapat hadiah".

3/1/2008
Hari kedua sekolah
Balik aje dari sekolah, anakku melaporkan :
"Ibu, kat kelas ina kan, ada budak handsome. Termenung je ina tengok dia".
Gulp, anakku baru darjah 1 dah fikir pasal budak handsome. Mak aii... advance betul budak sekarang ni. Jangan tak concentrate masa belajar nanti sudah lah..

Sunday, December 30, 2007

My very first project

This is my first attempt sewing beads. Memang seronok dan teruja sekali nak pakai baju berhiaskan manik jahitan sendiri. This knowledge gained only by watching people sewing it. This is my first design. Bila dah expert sikit, boleh la tambah koleksi lagi. Almaklumlah, my new year aim is to work at home ( kalau boleh tak nak makan gaji dah). Hopefully, I can achieve this sweet dream.

Wednesday, December 26, 2007

cahaya mata yg tidak ternilai harganya

For my sweet litle girls and boy. Permata hati ibu yang tiada galang gantinya. Ya Allah,ya Tuhanku,anugerahkan hambaMu anak-anak yang soleh dan solehah, yang sentiasa menurut perintahMu, yang sentiasa menyenangkan hati kedua ibu ayah, menjadi anak-anak yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Jadilah anak yang sentiasa menjaga nama baik ibu dan ayah